Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN N18 Hulu Kelang
Laungan Perpaduan terus bergema di Hulu Kelang semalam dalam majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN N18 Hulu Kelang.
Dikatakan mantan ADUN Bukit Antarabangsa bakal lari ke Hulu Kelang. Kenapa beliau lari? Kerana beliau tahu akan ditolak rakyat di kawasan Bukit Antarabangsa. Rekod kehadiran beliau ke sidang Dewan Negeri Selangor cukup mengecewakan. Kerana sibuk bermain muslihat politik, menjatuhkan kerajaan melalui Sheraton Move, kebajikan rakyat terabai. Rakyat Hulu Kelang jangan lupa dosa Perikatan Nasional. Tidak cekap mengurus negara, gila kuasa dan biadab dengan Raja Raja Melayu.
Saya yakin, pasukan Perpaduan akan bekerja keras memastikan negeri Selangor ini terus kekal kekal stabil, berjaya dan terus makmur di bawah Perpaduan. Ayuh warga Hulu Kelang, kita sepakat, tolak penderhaka dan agen pemecah belah rakyat ini!
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor