Inisiatif

Peristiwa
6/9/23

Pameran Udara Selangor (SAS) 2023

Insya-Allah, Pameran Udara Selangor (SAS) 2023 bakal bermula esok 7 September di Skypark RAC, Bukit Jelutong. Lebih 30 pesawat statik pelbagai jenis bakal menjadi tatapan meliputi pesawat peribadi dan sukan selain beberapa aktiviti baharu.

Tahun lalu, lebih 10 ribu pengunjung yang hadir SAS bagi melihat pesawat dengan lebih dekat sambil menyertai program-program menarik. Banyak negara besar turut mengambil bahagian yang menambah kemeriahan dan kepelbagaian.

Insya-Allah, tahun ini akan lebih meriah dan lebih menarik untuk pengunjung. Jumlah pempamer juga turut bertambah hampir 2 kali ganda.

Boleh rujuk maklumat lanjut di www.selangoraviationshow.com sekarang. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dan tempat letak kenderaan percuma. Setahun sekali sahaja, jom kita datang dengan keluarga sama-sama.

#KitaSelangor

#SAS2023

May be an image of text that says 'SELANGOR AVN2023 AVIATION SHOW 2023 PAMERAN UDARA SELANGOR (SAS) 2023 SKYPARK RAC, BUKIT JELUTONG, SELANGOR 7 HINGGA 9 SEPTEMBER INI MENAMPILKAN LEBIH 30 PESAWAT UNTUK PENGUNJUNG DISERTAI PELBAGAI NEGARA AITU AMERIKA SYARIKAT, PERANCIS, DENMARK, JERMAN, REPUBLIK CZECH, AUSTRALIA LEBIH 100 PAMERAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA PENCAPAIAN TAHUN LEPAS POTENSI NILAI TRANSAKSI RM1.174 BILION PENGUNJUNG 10,563 ORANG MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) 14 www.selangoraviationshow.com #KitaSelangBr'


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.