Inisiatif

Peristiwa
12/9/23

Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)

Menghadiri Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang dirasmikan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya turut merasmikan Pavilion Selangor yang menempatkan agensi-agensi serta anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang berkaitan dengan industri halal. Pembabitan Kerajaan Selangor kali ini bertepatan dengan misi meningkatkan kebolehupayaan produk serta perkhidmatan industri halal ke peringkat global.

Satu jawatan kuasa tetap baharu iaitu Industri Halal telah diwujudkan demi memberi fokus dalam membugarkan industri halal kepada satu tahap yang lebih baik. Di Selangor, fokus bukan sahaja diberikan kepada produk-produk halal tetapi lebih kepada ekosistem halal itu sendiri seperti perlaksanaan pensijilan halal dalam memastikan ekosistem ini dapat dilaksanakan.

Seramai 24 pempamer berdaftar di bawah Pavilion Selangor untuk MIHAS kali ini yang menyasarkan jualan sebanyak RM500,000.

YAB Perdana Menteri turut berbesar hati singgah dan melawat reruai di Pavilion Selangor.

#KitaSelangor

#MIHAS2023


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.