Inisiatif

Peristiwa
28/9/23

Pameran Buku Antarabangsa Indonesia

Amat berbesar hati dapat bersama-sama wakil Presiden Indonesia ke 10 dan ke 12, Drs H. Muhammad Jusuf Kalla MUH. JUSUF KALLA di Peluncuran naskah Tuhfat al- Nafiz dan Dinamika Orang Bugis Ke Johor Pada Abad Ke-18 ketika Pameran Buku Antarabangsa Indonesia di Pusat Konvensyen Pameran Indonesia (ICE) BSD City, Jakarta.

Penghasilan naskah ini diusahakan bersama Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Universiti Negeri Makasar (UNM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dua buah naskah yang dilancarkan kali ini adalah berdasarkan manuskrip asal yang tersimpan di muzium Indonesia.

Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong kerja-kerja mempergiat usaha mengumpul dan menterjemah serta penerbitan karya-karya besar untuk dinikmati oleh pembaca tempatan dan antarabangsa. Usaha ini diharapkan agar dapat memperkasakan budaya ilmu melalui gerakan budaya membaca.

Dalam forum usai peluncuran buku tersebut, saya turut mengulas kehebatan suku kaum Bugis sebagai pelayar, penyajak dan penyair serta pemimpin di Nusantara. Nama-nama besar seperti Raja Ali Haji Ahmad adalah penyair dan sejarawan terkenal Nusantara. Almarhum merupakan penulis Tuhfat Al Nafis, Gurindam 12 dan telah diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 2004

Manakala Raja Ali Haji Fisabilillah adalah Yamtuan Muda Riau dan seorang pahlawan terbilang. Beliau adalah adik kepada Sultan Salahuddin, Sultan Selangor Pertama. Syahid ketika menentang Belanda di Teluk Ketapang dan diiktiraf sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 1997.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.