Inisiatif

Peristiwa
25/5/23

Munaqasyah Ilmiah di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Menyampaikan ucapan di Munaqasyah Ilmiah bertempat di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Rektor UIAM Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Rektor UIAM Prof. Dr Akmal Khuzairy di atas kerjasama dan komitmen menjayakan majlis ilmu ini.

Dalam ucapan, saya mengajak para hadirin untuk melihat kepada cabaran dunia hari ini, termasuk perkembangan pesat teknologi, krisis nilai yang antara lain menjadikan budaya konsumerisme kian merebak, mencambahkan ketidakpedulian manusia kepada kehidupan akhirat, saya menyarankan agar perhatian lebih besar diberikan kepada penyebaran dan penyuburan pengajian kitab-kitab turath. Kitab-kitab besar dalam tradisi Sunni seperti Fathul Bari Imam Ibn Hajar, Tafsir at-Tabari, al-Majmu’ Imam An-Nawawi,  wajar dipergiatkan lagi kerancakan pengajiannya.

Pun begitu, tidak bererti kita menganggap kemajuan ilmu moden dalam bidang falsafah ekonomi, falsafah politik dan perundangan misalnya tidak penting. Sebaliknya, penekanan kepada penguasaan terhadap turath adalah amat penting sebagai pasak kehidupan individu dan masyarakat manusia dalam mendepani cabaran-cabaran masakini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 24 & 25 yang bermaksud :

“Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah telah membuat perumpamaan mengenai kalimah yang baik seperti pohon yang baik. Akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah memberi perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu beringat.”

Semoga “kalimah tayyibah” yakni kalimah syahadah kalau menurut Ibn Kathir; al-Quran menurut Al-Qaradhawi termasuk kitab-kita Turath yang kita terjemahkan, akan “memberikan buahnya” kepada kalangan Muslim di Selangor, di Malaysia serta Nusantara sekaligus.

Menjadi kemuliaan Selangor sekiranya langkah kecil kami dalam menterjemahkan karya agung Hujjatul Islam ini menjadi gerbang kepada usaha-usaha seterusnya sekaligus menjadikan negeri ini mercusuar dalam tradisi keilmuan Islam.

Insya-Allah

#KitaSelangor

#FestivalTurathIslami

#IhyaUlumuddin

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.