Inisiatif

Peristiwa
27/1/23

MESYUARAT DUA HALA KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

MESYUARAT DUA HALA KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR*

Jumaat, 27hb Januari 2023

Pagi tadi, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, dan YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, telah mengadakan mesyuarat dua hala Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor yang pertama sejak Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang ditubuhkan.

Pertemuan antara kedua-dua Kerajaan Negeri amat penting terutamanya dalam mengukuhkan hubungan dua hala yang strategik serta mampan agar memberi impak tinggi kepada rakyat di kedua-dua negeri.

Antara perkara yang dirungkaikan dalam pertemuan ini adalah:

Usaha ini adalah langkah memulakan proses kerjasama dua hala yang lebih utuh bagi mengaturkan beberapa isu kepentingan bersama seperti berikut:

  • Isu penyaluran dan pengurusan kualiti air mentah.
  • Isu perhutanan dan persempadanan Negeri Selangor-Pahang
  • Kerjasama hal ehwal latihan perkhidmatan awam dan gerak kerja kesukarelawanan bencana alam
  • Kawalan pembangunan kawasan berisiko yang melibatkan cerun termasuk peraturan dan pemantauan
  • Peranan negeri dalam aspek keterjaminan bekalan makanan
  • Mobiliti yang melibatkan penggunaan jalan ke arah mengurangkan kesesakan jalan terutamanya perjalanan Gombak – Bentong

Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana Pahang dan Selangor bersempadanan antara satu sama lain serta banyak peluang-peluang ekonomi yang dapat diteroka dan dibina secara bersama kerana hasilnya akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negeri.

Selepas mesyuarat tadi, tindakan-tindakan susulan akan diteliti oleh jawatankuasa-jawatankuasa teknikal termasuk peranan anak-anak syarikat kerajaan negeri masing-masing.

Kami berharap agar hubungan dua hala yang terjalin ini dapat dieratkan lagi dalam masa akan datang demi kestabilan dan kesejahteraan bersama.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

Menteri Besar Pahang

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari

Dato’ Menteri Besar Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.