Inisiatif

Peristiwa
5/4/25
Isu
Selangor
Negara
Putra Heights

Merafak sembah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat tapak insiden

Merafak sembah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat tapak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pagi ini. Mengiringi baginda, DYTM Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KDYMM Tuanku berkenan meluangkan masa mendengar taklimat insiden oleh saya berkenaan keadaan semasa.

Setelah itu, KDYMM Tuanku menaiki kenderaan bersama-sama saya untuk berangkat meninjau lokasi kejadian. Baginda turut mencemar duli melawat mangsa kebakaran di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

KDYMM YDPA Sultan Ibrahim turut berkenan memberi sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa yang terlibat di PPS.

Mewakili seluruh Kerajaan Negeri Selangor, patik ingin menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas keberangkatan baginda ke lokasi insiden dan menyantuni mangsa di PPS.

Daulat Tuanku. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.