Inisiatif

Peristiwa
12/12/22

Menyertai operasi membanteras tapak haram pelupusan sampah di Taman Bukit Jalil.

Baru-baru ini, saya menyertai operasi membanteras tapak haram pelupusan sampah di Taman Bukit Jalil. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini bukan hanya melanggar undang-undang malah menyusahkan penduduk dengan bau busuk.

Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas serta tidak menolak kemungkinan mengeluarkan Notis 8A iaitu tindakan merampas tanah.

Arahan juga dikeluarkan kepada Jabatan Alam Sekitar supaya tindakan segera diambil terhadap pihak bertanggungjawab. Peruntukan hampir RM3 juta bakal diluluskan agar punca bau busuk yang menjejaskan lebih 10,000 penduduk di sekitarnya dapat dibasmi.

Kolam takungan juga turut dipelihara dengan proses mitigasi. Kerja semburan enzyme Effective Microorganism telah dijalankan supaya mengurangkan kesan bau leachate/air sampah yang mengalir ke dalam kolam takungan.

Para pemilik tanah serta mana-mana pihak berkaitan diberi amaran keras.  Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi membanteras perbuatan yang menyusahkan rakyat dengan segala ruang upaya yang mungkin.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

No photo description available.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.