Inisiatif

Peristiwa
10/3/24

Menyerahkan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di Parlimen Gombak.

Alhamdulillah, seperti mana amalan lazim saya menjelang Ramadan ialah menyerahkan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di Parlimen Gombak.

Saya amat berbesar hati dan bersyukur dapat bertemu dengan para pengurusan masjid dan surau di Parlimen Gombak dalam Majlis Sumbangan Ihya’ Ramadan Parlimen Gombak. Turut hadir di Masjid Al Hidayah Hulu Kelang ialah Saudari Juwairiya Zulkifli, Penyelaras DUN Hulu Kelang dan Saudara Rahim Kasdi, Penyelaras DUN Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik saya.

Tahun ini sebanyak  22 buah masjid, 21 buah surau Jumaat dan 89 buah surau di kawasan DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang telah menerima peruntukan RM875,000.

Insya-Allah semoga sumbangan ini akan dapat membantu pengurusan masjid dan surau dalam persedian menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Selaku Ahli Parlimen, saya akan terus menyokong aktiviti-aktiviti pengukuhan komuniti, wanita, anak muda, dan institusi agama melalui program-program yang mengakar dari bawah. Insya-Allah, segala usaha ini akan dapat menyuburkan syiar Islam

di Gombak.

#KitaSelangor

#Gombak

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.