Inisiatif

Peristiwa
21/6/23

Menyempurnakan Pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor

Alhamdulillah, pada Ahad yang lalu, saya telah menyempurnakan Pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor sejajar dengan inisiatif kerajaan negeri dalam memacu transformasi pendidikan negeri. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Jafri bin Abu.

Untuk tahun ini, Program Tuisyen Rakyat PTRS memfokuskan kepada pelajar Tingkatan 5 di semua sekolah. Seramai hampir 65 ribu calon SPM daripada 272 buah sekolah menengah mendapat manfaat ini. Sejak tahun 2021, sebanyak RM19.5 juta telah dibelanjakan untuk projek PTRS malah pelajar-pelajar ini turut dibekalkan makanan tengah hari untuk mengalas perut sebelum mengikuti pembelajaran.

Bagi penambahbaikan program PTRS, subjek Matematik Tambahan turut akan diperkenalkan bagi membantu anak-anak meningkatkan kemahiran dalam subjek tersebut.

Bagi program kempen kesedaran dan penyediaan tuala wanita percuma atau kempen menangani kemiskinan haid (period poverty) yang dinamakan Projek MEKAR, sebanyak 5 buah sekolah telah dipilih sebagai projek rintis dengan peruntukan sebanyak RM100 ribu. Dianggarkan 1 ribu orang pelajar perempuan akan mendapat manfaat ini.

Buat pertama kali dalam sejarah, Kerajaan Negeri turut menjalin kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Buat permulaan, RM 939 ribu disalurkan kepada PIBG di seluruh Selangor. Insya-Allah moga ikhtiar ini akan membantu anak-anak kita mencapai kejayaan yang lebih baik dalam pendidikan mereka.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus menitikberatkan soal pendidikan yang inklusif dan berkualiti yang tinggi untuk semua anak-anak di Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.