Menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Menjunjung kasih DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berangkat mencemar duli dan merasmikan Hospital Tanjung Karang.
Pembukaan Hospital Tanjung Karang ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, mengurangkan jumlah kes di hospital terdekat, serta membantu meningkatkan tahap kesihatan penduduk di utara Selangor.
Hospital Tanjung Karang juga dijangka akan menawarkan 10 Perkhidmatan Kepakaran secara berfasa, antaranya Paedatrik, Anestesiologi dan Ortopedik.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA