Menjawab pertanyaan daripada YB Gombak Setia
Saya menjawab pertanyaan daripada YB Gombak Setia berkenaan dengan jumlah 'committed capital daripada pihak swasta yang telah diperolehi oleh kerajaan bagi merealisasikan pembangunan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan persediaan anak-anak syarikat bagi menjamin kemampuan fizikal untuk terlibat sama.
Sehingga suku ketiga 2023, Kerajaan Negeri mendapat komitmen kira-kira RM29.1 bilion. Selain itu, pengemaskinian komitmen swasta dan anak syarikat akan dilakukan setiap suku oleh Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit.
Antara insentif yang ditawarkan termasuklah bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah, pengecualian cukai taksiran tanah kosong, potongan cukai taksiran bangunan kosong, dan pengecualian bayaran lesen perniagaan selama 5 tahun.