Inisiatif

Peristiwa
1/3/23

Menjawab berkenaan dakwaan berhubung projek bernilai RM700 juta di Sungai Klang

Sidang media sejurus selepas selesai ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Parlimen petang tadi.

Dalam sidang media saya telah menjawab berkenaan dakwaan berhubung projek bernilai RM700 juta di Sungai Klang yang didakwa projek rundingan terus dan kononnya saya mempunyai kepentingan peribadi dalam projek tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd, syarikat yang dipertanggungjawabkan projek berkenaan, projek berkenaan telah melalui proses dan prosedur mengikut tatacara yang ditetapkan. Proses penilaian telah bermula sejak 2019 dan telah mendapat kelulusan di peringkat syarikat, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Malah, sehingga kini, tiada sebarang suntikan tunai dari Kerajaan Negeri seperti yang didakwa. Projek ini dibiayai melalui pengecualian premium tanah, pengecualian hutang serta pembiayaan kewangan yang sedang diterokai oleh MBI.

Berkenaan kedudukan saya dalam syarikat berkenaan bersama YB Izham Hashim, ia adalah atas kapasiti wakil Kerajaan Negeri bagi memastikan hak, hasrat dan kepentingan negeri terpelihara. Bukan atas kapasiti peribadi. Ini adalah syarikat milik Kerajaan Negeri, bukan syarikat peribadi saya.

Projek ini adalah projek tebatan banjir, meningkatkan keselamatan air demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Selangor pasca peristiwa banjir besar pada akhir 2021.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.