Meninjau pusat pengumpulan bahan mentah untuk diagihkan melalui Program Jualan Ehsan Rakyat (JER)
Jam 4.30 pagi saya telah meninjau pusat pengumpulan bahan mentah untuk diagihkan melalui Program Jualan Ehsan Rakyat (JER). Alhamdulillah JER mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Kerajaan Negeri bersetuju utk menyambung pelaksanaan JER sehingga Mac 2023.
Meskipun bekalan makanan adalah di bawah bidang tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, namun sejak pelaksanaan PKP, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi membantu melancarkan bekalan makanan.
Apabila harga barang makanan meningkat dengan mendadak, Kerajaan Negeri Selangor memulakan inisiatif Jualan Ehsan Rakyat iaitu menjual barang keperluan asas dengan harga yang lebih murah dari pasaran. Inisiatif ini dikembang dan diperluaskan ke 56 DUN seluruh Negeri Selangor.
Alhamdulillah sambutan amat mengalakkan dan ini menyebabkan Kerajaan Negeri menyambung JER sehingga hujung tahun dengan peruntukan RM 12 juta. Kini, JER akan disambung hingga Mac 2023.