Meninjau kawasan banjir kilat di Persimpangan Kota Warisan
Saya pergi meninjau kawasan banjir kilat di Persimpangan Kota Warisan - KLIA yang agak kerap berlaku akibat pergerakan air yang perlahan dan limpahan air dari sekitar kawasan pembangunan.
Dua solusi jangka pendek yang bakal diambil untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat di persimpangan tersebut iaitu dengan meletakkan pam di Sungai Labu yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari persimpangan tersebut supaya dapat mempercepatkan aliran air yang menyenak dan apabila berlakunya peningkatan paras air. Solusi kedua adalah membuat pintasan laluan air ke sungai yang berdekatan atau ke kawasan selamat yang lain.
Kerja-kerja ini akan dipercepatkan bermula esok untuk mengelakkan kejadian banjir berulang di persimpangan Kota Warisan ini. Insya-Allah, kerajaan negeri turut mengambil kira solusi jangka panjang yang sudah dalam perancangan dan akan disegerakan.