Inisiatif

Peristiwa
9/3/24

Mengimbau nostalgia tahun 1950-an

Mengimbau nostalgia tahun 1950-an apabila saya melangkah masuk ke Pasar Saloma di Dataran Sungai Tua semalam, dengan dekorasi reruai jualan serta melihat peniaga dan orang ramai berbusana klasik. Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur yang membawakan konsep klasik dan budaya masyarakat terdahulu.

Bermacam-macam sajian klasik terdapat di Pasar Saloma seperti punten, kuih dangai, gulai kawah daging batang pisang, dan lempeng kelapa atau pek nga. Pasar ini bukan hanya mengetengahkan konsep klasik, tetapi juga menjadi satu platform budaya dan seni bagi orang ramai untuk mengenali sebahagian warisan Melayu dari segi budaya, tradisi dan makanan tradsional yang terkenal pada zaman nenek moyang.

Pasar Saloma Selayang merupakan lokasi ke-9 penganjuran di Negeri Selangor dan insya-Allah akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di Selangor. Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha-usaha melestarikan budaya dan warisan dalam kalangan masyarakat, seterusnya membantu usahawan meningkatkan pendapatan dan menjana ekonomi negara.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.