Menghadiri Perasmian Inisiatif Pendapatan Rakyat oleh Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli
Menghadiri Perasmian Inisiatif Pendapatan Rakyat oleh Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli . Inisiatif ini khusus bagi meningkatkan peluang pendapatan isi rumah, mensasarkan 126,000 keluarga seluruh negara yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Turut hadir sahabat saya YAB Aminuddin Harun , MB Negeri Sembilan
Inisiatif Pendapatan Rakyat akan bermula dengan tiga tumpuan dan akan diselia oleh Kementerian Ekonomi.
Inisiatif Usahawan Tani INTAN
Inisiatif Usahawan Makanan INSAN
Inisiatif Operator Perkhidmatan IKHSAN
Ketiga-tiga program IPR akan disertakan dengan bimbingan dan latihan diharapkan memberi pendapatan RM2,000 sebulan setiap isi rumah penerima agar mereka dapat keluar dari kelompok kemiskinan.




