Inisiatif

Pendapat
4/8/22
Isu
Selangor

MENGEMBANGKAN KARYA DALAM SELANGOR, MENGANGKAT KETAMADUNAN NEGERI

Pada pertengahan Julai, satu pertemuan dengan penggiat seni tanah air termasuk tujuh Sasterawan Negara (SN) berlangsung sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Banyak cadangan dikemukakan bagi mengembangkan karya di negeri ini.

Antaranya biasiswa untuk pelajar seni, pembinaan pusat seni, elaun khas karyawan serta langkah mengangkat martabat seni Selangor ke peringkat antarabangsa. Semua cadangan akan diperhalusi sebaiknya.

Mengimbau pengalaman sebagai Exco Kebudayaan, Anugerah Hadiah Sastera Selangor (HSS) yang saya ilhamkan dahulu kini makin mengukuh sebagai sebuah gelanggang karya negeri. Ramai karyawan generasi lama dan baru menjadikan pesta karya ini sebagai sesuatu yang dinantikan.

Kini kemudahan seperti Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) serta penglibatan lebih ramai pihak memungkinkan lebih banyak perkara dapat dicapai. Malah Anugerah Sasterawan Selangor juga boleh dipertimbangkan sebagai obor nyala sastera untuk tatapan dunia.

Semestinya pertemuan ini akan disusuli tindakan dan pelan perancangan menyeluruh agar matlamat tercapai. Kita akan terus mengembangkan lagi dunia persuratan, kesusasteraan dan seni di Selangor serta Malaysia untuk memangkin budaya masyarakat.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.