Inisiatif

Peristiwa
19/9/23

Mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Negeri N16 Sungai Tua

Alhamdulillah, hari ini secara rasmi saya telah mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Negeri N16 Sungai Tua buat penggal keempat. Saya merakamkan ucapan penghargaan buat warga Sungai Tua atas kepercayaan ini. Amanah dan tanggungjawab ini akan saya galas dan pikul dengan jujur dan sebaik mungkin.

Saya turut merakamkan ucapan tahniah kepada 55 Ahli Dewan Negeri Selangor yang turut mengangkat sumpah hari ini. Saya berharap kita dapat bersama-sama bekerja dan berikhtiar membangunkan negeri tercinta ini serta melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat berbahas dengan penuh tertib dan bertanggungjawab.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.