Inisiatif

Peristiwa
6/3/24

Meneroka pembangunan berkaitan projek tenaga di Selangor.

Satu detik penting tercipta apabila Kerajaan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka pembangunan berkaitan projek tenaga di Selangor.

Ini adalah sebahagian dari pelengkap Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk membina negeri dan negara yang bukan saja maju daripada segi ekonomi tetapi juga mampan serta berdaya huni.

Perjanjian pintar ini akan turut dikembangkan dalam projek solar terapung, penyimpanan tenaga bateri, infrastruktur kenderaan elektrik, kecekapan tenaga dan projek tenaga boleh diperbaharui yang lain.

Terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang sudi hadir menyaksikan majlis tandatangan ini.

Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai usaha membangunkan tenaga boleh diperbaharui demi kelestarian alam sekitar.

#KitaSelangor

#MalaysiaMADANI

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.