Inisiatif

Peristiwa
13/3/25
Isu
Negara
Selangor

Menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke bumi Darul Ehsan

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor hari ini berbesar hati menerima kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke bumi Darul Ehsan untuk beberapa program yang telah dirancang bermula petang tadi.

Bermula dengan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Selangor yang turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, kepimpinan utama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membincangkan beberapa perkara terkait kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

Insya-Allah, dengan hubungan erat di antara Putrajaya dan Selangor, segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan memberi manfaat kepada rakyat, serta memperkukuh lagi kedudukan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.