Melawat Kompleks PKNS
Shah Alam hari ini menerima kunjungan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 dan kemudiannya melawat Kompleks PKNS untuk menyantuni dan bermesra dengan pengunjung yang membuat persiapan raya.
3 hari terakhir Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kota untuk membeli baju raya, songkok, aneka kuih muih mahupun barang kemas sebelum pulang ke kampung halaman. Hati-hati memandu dan Selamat Hari Raya.




