Melawat Sdr Mohammad Gopi Rizki
Petang semalam saya bersama Setiausaha Politik saya Sdr Saifuddin melawat Sdr Mohammad Gopi Rizki atau sebelum ini dikenali sebagai Gopinathan, bekas pemain bola sepak Selangor dan Pahang. Beliau berniaga air balang sempena Ramadan tidak jauh dari kampung saya di Pontian.
Gopi merupakan salah seorang pemain skuad Selangor ketika saya menjadi pengurus pada tahun 2016. Beliau merupakan seorang pemain sayap yang lincah dan cekap.
Saya mendoakan Sdr Gopi Rizki sekeluarga dimurahkan rezeki dan dirahmati serta dilindungi Allah SWT.



