Melawat PPS Dewan Dato Ahmad Razali
Selepas melawat SMK Dengkil, saya terus ke PPS Dewan Dato Ahmad Razali. PPS ini masih menempatkan 74 mangsa.
Saya turut ditemani Ahli Parlimen Sepang dan EXCO Kerajaan Negeri.
Saya bertanyakan khabar dengan para mangsa dan mendengar luahan mereka berkenaan keadaan di PPS.
Saya telah mengarahkan semua agensi untuk membantu menjaga kebajikan mereka.