Melawat para pelajar Selangor di Amman
Saya mengambil peluang melawat sendiri kediaman serta penempatan para pelajar Selangor di Amman. Kami makan, solat dan bersembang tentang pelbagai perkara. Saya turut memberi nasihat dan pandangan kepada para pelajar yang saya anggap seperti adik-adik saya sendiri. Terima kasih dan semoga berjumpa lagi, Insya-Allah.