Inisiatif

Peristiwa
23/3/25
Isu
Selangor
Negara

Melancarkan Gudang Makanan Selangor (GMS) yang terletak di Pelabuhan Klang

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan Gudang Makanan Selangor (GMS) yang terletak di Pelabuhan Klang sebagai salah satu langkah strategik bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan makanan untuk rakyat negeri ini.

Pelaksanaan gudang ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan harga bahan makanan kekal berpatutan bagi golongan B40 dan M40. Dengan adanya stok penimbal seperti 5,000 tan metrik beras putih Ehsan dan 1 juta kg daging sejuk beku, rakyat Selangor akan lebih terlindung daripada kesan kenaikan harga makanan yang mendadak akibat ketidaktentuan ekonomi global.

Gudang ini dikendalikan dengan kerjasama PKPS dan pihak swasta, menggunakan teknologi pintar dalam pengurusan inventori serta menyokong inisiatif Ehsan Mart dan Jualan Ehsan Rahmah.

Insya-Allah, inisiatif ini akan menjadi pemacu utama dalam memperkukuh keselamatan makanan, mengurangkan kebergantungan kepada import, serta memberikan manfaat kepada petani, penternak dan usahawan tempatan.  

Semoga usaha ini juga dapat menjadi model yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.