Media

Peristiwa
27/6/24
Selangor

Malaysia Kini: Selangor buka tabung kumpul dana bantu Selangor FC

Kerajaan Selangor memutuskan untuk membuka ruang buat orang ramai menunjukkan kebersamaan mereka dengan pasukan Selangor FC melalui kutipan dana awam tidak lama lagi.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata dia mengambil pedoman daripada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah petang ini yang menyatakan rasa amat murka dengan nasib ditimpakan ke atas pasukan Selangor FC.

Kata Amirudin dia teah berbincang dengan exco sukan Selangor dan kerajaan negeri bersetuju melancarkan usaha bersama bagi memberi peluang sesiapa saja khususnya peminat skuad Merah Kuning membantu Selangor FC membayar denda RM100,000 dikenakan ke atas pasukan berkenaan.

"Maklumat lanjut mengenai usaha ini akan dikongskan dalam masa terdekat oleh Majlis Sukan Negeri Selangor dan exco," katanya dalam kenyataan petang ini.

Tambah Amirudin, bagi menggerakkan langkah solidariti bersama Selangor FC itu, dia dan semua anggota exco akan turut menyumbang kepada tabung berkenaan bagi membayar denda dikenakan Malaysian Football League (MFL).

Sebelum itu Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan bagi menzahirkan rasa murka baginda terhadap keputusan MFL dan FAM menghukum Selangor FC ekoran penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih baru-baru ini.

Selain dikenakan denda, mata perlawanan Selangor FC juga dipotong sebanyak tiga mata, manakala perlawanan pasukan itu dengan JDT akan dilangsungkan di stadium yang kosong.

Menegaskan kemurkaan akibat tindakan tersebut, Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa jika masih mempunyai kedudukan dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Selangor FC, baginda akan membawa skuad itu keluar dari saingan Liga Super untuk tempoh tertentu.

ADS

Untuk rekod Selangor FC menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih ekoran kecederaan parah dialami salah seorang pemainnya, Faisal Halim, yang disimbah asid oleh pihak yang tidak dikenali.

Amirudin berkata titah daripada Sultan Sharafuddin secara keseluruhannya turut menggambarkan kemarahan dan kekecewaan peminat bola sepak Malaysia terhadap MFL.

"Sebagai badan yang mentadbir liga bola sepak, MFL sewajarnya memainakan peranan mengangkat keadilan, menentang keganasan serta berempati terhadap nasib dan keselamatan pemain bola sepak yang diperlakukan dengan kejam," katanya.

Amirudin juga menganggap pihak yang melakukan jenayah berkenaan sebagai "pengecut."

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.