Media

Peristiwa
2/5/24
Selangor

Malaysia Gazette: Zaman saya rizab Selangor besar, rakyat senang – Azmin Ali

HULU SELANGOR – Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari diingatkan tidak mendabik dada dengan rizab simpanan Selangor yang berjumlah RM3.4 bilion sedangkan kehidupan rakyat masih terbeban dengan kos sara hidup tinggi.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagaimanapun keadaan itu berbeza ketika beliau mentadbir Selangor, banyak inisiatif dinikmati rakyat ketika rizab simpanan mencecah lebih RM4 bilion.

“Zaman saya rizab Selangor besar tapi rakyat senang, sekarang hanya dapat RM500 (khairat kematian).

“Rizab besar tapi rakyat tak dapat manfaat, tujuan orang datang ke Selangor untuk meninggal dunia, zaman saya waris dapat RM2,500.

“Cukai taksiran zaman saya tak payah, orang kampung tak payah bayar, biar saya bayar sebab rizab besar,” katanya dalam Ceramah Umum Perikatan Nasional (PN), di sini, malam ini.

Hadir sama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.

Turut hadir bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu, Azmin mempersoalkan sikap berdiam pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan peruntukan RM5.1 juta ketika kempen PRK Kuala Kubu Bharu.

“Saya bukan macam puak sana, nah RM5.1 juta.

“Sejak DAP bersama dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perangai pun sama, sakau.

“Kenapa tiada tindakan Nga Kor Ming,” katanya. – MalaysiaGazette

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.