Inisiatif

Peristiwa
3/1/24
Isu
Selangor

Malaysia Gazette: Yayasan Selangor buka permohonan kemasukan Tingkatan 1

KUALA LUMPUR – Yayasan Selangor akan membuka permohonan kemasukan murid ke Tingkatan 1 Tahun 2024 Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) mulai esok, 3 Januari 2024.

Dalam kenyataan di sini, Yayasan Selangor berkata, murid Tahun 6 / 2023 perlu mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.

Selain itu bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar).

Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin) dan dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan atau bilangan isi rumah) kurang RM2,000 sebulan.

Yayasan Selangor berkata, pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Selangor www.yayasanselangor.org.my.

Menurutnya, permohonan akan ditutup pada 15 Januari 2024.

Pemohon hendaklah mencetak borang permohonan yang telah diisi dalam talian dan dihantar berserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui serahan tangan atau pos sebelum atau pada 26 Januari 2024.

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, boleh dirujuk di laman sesawang yang sama.

Bagi pengambilan tahun 2024 ini, Yayasan Selangor memperuntukkan sejumlah 491 tempat di 32 buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada murid yang terpilih termasuk kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan, program kecemerlangan akademik, pembangunan kendiri dan pemantauan berterusan daripada guru yang dilantik.

Semua murid Tahun 6 / 2023 negeri Selangor yang berkelayakan boleh memohon tertakluk kepada syarat dan had kuota yang ditetapkan. – MalaysiaGazette

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.