Suara

Peristiwa
19/9/20
Perhimpunan
Selangor

Malam Menghimpun Rindu SPDK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringat sahabat saya Rosli Kamis atau  Loloq yang pernah menyebut tentang tingkatan-tingkatan karya dan betapa "puisi (adalah karya seni) yang paling supreme".

Menurut penulis lirik terkenal itu, makam puisi itu paling tinggi adalah kerana ia paling sarat makna.

Negara dan bangsa yang maju takkan pernah kurang pencapaiannya dalam karya seni sama ada melahirkan novelis yang bagus, lirik yang mantap serta puisi yang mengkagumkan, sekadar menyebut beberapa contoh.

Sejak 2014 sewaktu memegang portfolio Kebudayaan lagi, saya jayakan Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai Kota Seni, selain penganjuran tahunan Anugerah Sastera Selangor.

Untuk terus ke depan, galeri Shah Alam Modern Arts serta penganjuran sesi "masterclass" bersama Sasterawan Negara contohnya wajar diusahakan bagi merancakkan lagi seni seluruhnya.

Pencapaian Selangor dikira lengkap bukan dengan ukuran kemajuan infrastruktur dan teknologi semata-mata tetapi jiwa nurani warga yang merasai kedalaman dan kelembutan jiwa.

Malam semalam adalah bibit penting untuk usaha seni tanahair. Malam semalam kita raikan nilai dan puisi; mari kita isi dan julang seni ini ke peringkat lebih tinggi.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.