Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1441H/2020M
Saya diberikan kesempatan dan penghormatan untuk Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Tahun 1441H/2020M tahun ini bertemakan ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’. Ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi menyemarakkan semangat toleransi, hormat menghormati dan saling bekerjasama atas perpaduan ummah.
Sebagai negeri yang dilatari dengan rakyat yang berbilang kaum dan latar belakang, saya percaya adalah menjadi tanggungjawab kita umat Islam untuk menunjukkan dan mengamalkan sikap saling menghormati serta belas ihsan sesama makhluk dalam membentuk perpaduan negara rahmah.
Di dalam Al Quran, ayat ke-13 Surah Al-Hujurat dengan jelas menunjukkan bahawa Islam itu merupakan satu agama yang mencintakan kedamaian dan penuh dengan sikap dan kasih-sayang sesama makhluk. Ini merupakan asas dan tunjung utama bagi membentuk perpaduan dan menjaga keharmonian dan ikatan persaudaran di kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Justeru, besar harapan saya agar majlis yang diadakan ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada umat Islam untuk sama – sama berfikir dan bermuhasabah untuk mempereratkan ikatan persaudaraan demi kebaikan umat Islam di negeri yang sangat bertuah ini.
Untuk memperkukuhkan lagi syiar Islam, Kerajaan Negeri Selangor mengambil peduli akan keperluan bagi menyemarakkan sistem pendidikan Islam di Negeri Selangor dengan meluluskan dan memperuntukan sebanyak RM237 Juta bagi tujuan pembangunan sekolah-sekolah agama Islam termasuk maahad tahfiz, pembayaran gaji para guru KAFA serta kakitangan kontrak bagi sektor pendidikan.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri pada kali ini.