Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Selangor
Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli dan hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Selangor hari ini.
Kepelbagaian resam dan adat yang diraikan di Selangor adalah bukti keunikan serta kekuatan masyarakat majmuk di negeri ini. Selangor adalah ‘melting pot’ yang menjadi destinasi tumpuan rakyat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita mengekalkan perpaduan dan keharmonian serta kerukunan hidup pelbagai bangsa di Selangor.
Kekuatan rakyat serta keunikan ini menjadi faktor utama Selangor menjadi gedung ekonomi Malaysia dan negeri pintar serantau.
Menjunjung kasih DYMM Tuanku