Inisiatif

Peristiwa
29/11/23

Majlis Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor

Majlis Perisytiharaan Hutan Warisan Diraja Selangor telah berlangsung semalam. DYMM Sultan Selangor berkenan mengisytiharkan 26 hutan simpanan kekal (HSK) negeri ini seluas 108,000 hektar di sepanjang jajaran Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Langat hingga Hulu Selangor sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor.

Pemasyhuran hutan ini adalah sebahagian usaha kerajaan negeri untuk mempergiat usaha melestari alam sekitar bagi mengekalkan minimum 30% tanah di Selangor sebagai kawasan hutan. Inisiatif ini adalah selaras dengan Rancangan Selangor (RS-1) antaranya melibatkan penanaman 11 juta pokok dan program kesedaran awam berkaitan pemuliharaan hutan.

Alhamdulillah, sehingga kini, keseluruhan kawasan HSK di Selangor seluas 250,739.33 hektar iaitu 31.7% daripada keluasan tanah negeri, meningkat berbanding 30.55% pada 2008. Kerajaan negeri tekad menyokong segala bentuk usaha berkait pemeliharaan biodiversiti serta perubahan iklim. Selangor juga komited melaksanakan moratorium pembalakan sebagai usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli dan berangkat ke majlis ini.

Dirgahayu Tuanku.

#KitaSelangor


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.