Majlis Perasmian Reka Bentuk Tapak Dewan Komuniti Dan Rumah Penjawat Awam
Saya gembira dapat bersama-sama dengan warga Majlis Perbandaran Selayang dalam Majlis Perasmian Reka Bentuk Tapak Dewan Komuniti Dan Rumah Penjawat Awam hari ini di Menara MPS.
Perumahan penjawat awam ini bakal dibina di atas sebidang tanah milik kerajaan negeri yang dipohon untuk pihak MPS. Insya-Allah MPS akan menyediakan perumahan yang berkualiti dan selesa kepada penjawat awam. Diharapkan dengan adanya perumahan yang selesa ini akan dapat meningkatkan produktiviti penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai MPS sendiri.
Kemudahan sebuah dewan komuniti juga akan disediakan berdekatan dengan Menara MPS yang mampu menempatkan seramai 800 orang dalam satu masa untuk kemudahan orang ramai.
Ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri kepada kesejahteraan dan keselesaan penjawat awam dan juga rakyat Selangor.
Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran Selangor


