Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Rintis Bangunan Daif
Di SK Bandar Baru Bangi hari ini bersama YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Rintis Bangunan Daif.
Komitmen Kerajaan Perpaduan bagi memastikan masa depan anak-anak menerusi meningkatkan kualiti pendidikan ternyata amat dialu-alukan. Saya terima banyak komen positif dari ibu bapa dan guru mengenai usaha kerajaan menambah baik fasiliti pendidikan di Malaysia.
Kerajaan Negeri menyambut baik usaha ini dan ia adalah selari dengan agenda Kerajaan Negeri untuk mengutamakan bidang pendidikan di Selangor.
Insya-Allah dalam Belanjawan Selangor 2024 yang akan dibentang Jumaat ini, saya akan umumkan usaha-usaha bagi memastikan kualiti pendidikan terbaik untuk anak-anak di Selangor.