Inisiatif

Peristiwa
14/3/24

Majlis Ihya’ Ramadan DYMM Sultan Selangor

2 Ramadan 1445H

Majlis Ihya’ Ramadan DYMM Sultan Selangor bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan DYMM Sultan Selangor kepada rakyat jelata Tuanku yang memerlukan.

Seterusnya DYMM Tuanku berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dari beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Kumpulan Perangsang, MBI Selangor, Worldwide Holdings serta PKPS.

Usai berbuka puasa, DYMM Tuanku berkenan menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih berjemaah.

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor berkenan berangkat untuk berbuka puasa bersama rakyat.

#KitaSelangor

#Ramadan

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.