Inisiatif

Peristiwa
2/1/24

Majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0.

Puluhan ribu membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam malam tadi di Majlis Darul Ehsan Berselawat 3.0.

Kami menyambut kedatangan Tahun Baharu 2024 dengan menadah tangan dan bermunajat ke hadrat Allah SWT.

Kami alunkan selawat buat Rasul Junjungan Muhammad SAW, tasbih dan zikir mengingati Allah SWT.

Moga bumi Selangor Darul Ehsan terus dipenuhi majlis zikir dan selawat, membawa berkah dan rahmah buat negeri bertuah ini.

Ampunkan dosa kami Ya Allah, limpahkan rahmatMu ke atas bumi Selangor yang berkah ini, terimalah segala amalan dan makbulkan doa kami, lindungi sahabat dan saudara kami di Gaza dan Palestin, berikan umat Islam di Palestin kemenangan dan kemerdekaan melawan musuh Zionis laknatullah.

Ameen ya Rabb

#KitaSelangor

#DarulEhsanBerselawat


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.