Inisiatif

Peristiwa
16/3/25
Isu
Selangor
Negara

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Mengiringi DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Baginda Tuanku berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya berjumlah RM239,000 kepada 478 asnaf di daerah Petaling merangkumi 139 fakir, 212 miskin, dan 127 mualaf. Ini merupakan jumlah penerima dari kumpulan mualaf yang tertinggi dalam Majlis Ihya’ Ramadan tahun ini.

Dalam majlis kali ini, DYMM Tuanku berkenan menerima zakat perniagaan daripada 7 buah syarikat. Insya-Allah, semoga bayaran zakat ini dapat membantu rakyat Selangor serta memperkasakan ekonomi ummah demi kesejahteraan negeri.

Daulat Tuanku.

#KitaSelangor

#Ramadan

#Petaling

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.