Inisiatif

Peristiwa
14/2/24

Majlis Apresiasi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)

Saya bersama-sama dengan lebih 500 wakil pengurusan komuniti kampung dalam Majlis Apresiasi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Shah Alam semalam. Turut hadir, EXCO Kemajuan Desa dan Perpaduan, YB Datuk Rizam Ismail.

Saya turut menyampaikan 29 anugerah kepada penghulu dan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) termasuk Anugerah Kampung Tradisi dan dua Anugerah Khas atas jasa mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti masyarakat di kampung di negeri ini.

Ahli MPKK memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar Kerajaan Negeri kepada penduduk. Mereka bertanggungjawab memastikan khidmat cemerlang kepada para penduduk desa.

Saya berharap ahli MPKK dapat bersama pentadbiran Kerajaan Negeri dalam memperkukuh khidmat cemerlang kepada rakyat dan membangunkan ekonomi negeri.

Tahniah kepada semua penerima anugerah semalam. Teruskan kerja keras anda dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.