Lawatan kerja ke Jepun sebermula 6 hingga 8 Mac
Saya memulakan lawatan kerja ke Jepun sebermula 6 hingga 8 Mac dengan terus bermesyuarat dengan Iwatani Corporation yang berpusat di Osaka.
Tertubuh sejak 1930, Iwatani merupakan syarikat yang fokus dalam bidang gas dan perkhidmatan tenaga.
Ruang berkunjung yang turut disertai oleh YB Dato' Teng Chang Khim, Exco Pelaburan Negeri Selangor serta delegasi dari Invest Selangor dan PKNS kami manfaatkan untuk mempelawa mereka melabur di Selangor dengan meneroka prospek-prospek yang tersedia.
Terima kasih MIDA Osaka di bawah En Gulam Muszairi yang turut membantu mudahcara.
Pasca pandemik menyaksikan Selangor adalah potensi terbaik untuk diterokai mana-mana pemain industri luar negara yang mampu menawarkan penyelesaian terbaik kepada sektor yang berkaitan.
Inilah Selangor, “the golden state of Malaysia”.



