Kutipan hasil RM2.571 bilion
Kecemerlangan Negeri Selangor menjana kutipan hasil RM2.571 bilion, iaitu 128 peratus melebihi sasaran 2023 sebanyak RM2 bilion sekali lagi menjadi bukti kemampuan tadbir urus Kerajaan Negeri memajukan negeri ini.
Kemakmuran ini sudah tentu akan dikembalikan semula untuk manfaat rakyat. Insya-Allah, kita akan terus membanting tulang dan mempelbagaikan usaha agar aras kejayaan ini dapat dikekalkan untuk dinikmati semua.