Kunjungan ke Pesantren di Jakarta: Rahsia Di Sebalik Pendidikan Islam yang Kekal Relevan!
Saya telah menziarahi Prof KH Said Aqil Sirodj di Pondok Pasantren Al Tsaqafah, Jakarta Selatan.
Dalam sela pertemuan ini, saya telah mengadakan perbincangan susulan dengan Kang Said hasil pertemuan kami semasa Festival Turath Islami Selangor yang lalu.
Saya turut menunaikan solat berjemaah bersama para warga santri di Ponpes ini dan diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di Masjid Jami' Al Tsaqafah ini'
Saya amat kagum dengan pelaksanaan pendidikan agama Islam dan sistem pembelajaran yang dilaksanakan di Ponpes Al Tsaqafah ini yang kekal relevan dengan peredaran zaman. Ini akan memberi inspirasi buat Selangor dalam membangunkan generasi yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing.