Inisiatif

Peristiwa
26/9/23

Kuliah Umum di Universiti Paramadina

Saya memenuhi jemputan untuk Kuliah Umum di Universiti Paramadina dan turut menyaksikan pertukaran MoU di antara Universitas Paramadina dan Universiti Selangor bagi meneroka kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

Dalam kuliah umum, saya berkongsi pandangan mengenai Asia Tenggara yang telah melihat, melalui dan menjalani proses demokrasi sejak 60 hingga 70 tahun lalu. Akan datang ini Asia Tenggara bakal menjadi The Southeast Asian Century tatkala bagi menawarkan solusi sebagai a model subcontinent yang mengangkat demokrasi, yang membina ekonomi bermaruah, dan menjawab persoalan-persoalan baharu seperti perubahan iklim yang membawa kepada ketidaktentuan suhu dan cuaca, pekerjaan bermaruah, menggerakkan manusia menerusi mod pengangkutan awam, aspek keselamatan makanan dan lain-lain lagi.

Ungkapan Selangor, The Gateway of ASEAN dilihat mempunyai ruang untuk diteroka sebagai negeri yang diasaskan sepertimana mirip rantau ini, iaitu kepelbagaian dan kekuatan human capital yang tinggi.

Saya berkongsi dengan para pendidik dan pelajar kekuatan lain Selangor yang membolehkan hasrat menjadi pintu masuk ke Asia Tenggara adalah melalui pelabuhan, lapangan terbang, keterhubungan pengangkutan awam, keterhubungan digital dari segi perkhidmatan internet kelajuan tinggi, perbandaran-perbandaran dengan perumahan mampu milik, serta wilayah-wilayah perniagaan yang berasaskan perkhidmatan serta sebahagian sektor pembuatan dan industri sampingan.

Ini membolehkan Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada kadar 25.5% pada tahun lalu.

Alhamdulillah, diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua hadirin. Buat Universitas Paramadina, terima kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan kuliah umum dan berbagi pengalaman kebijakan yang dilaksanakan di Negeri Selangor.

#KitaSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.