Kukuhkan Cabang dan Dengar Suara Rakyat! Pesanan Amirudin Shari Kepada KEADILAN Selangor!
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Perdana Negeri Selangor 2024: Kukuhkan Gerak Kerja KEADILAN
Pada hari ini, saya berpeluang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Perdana Negeri Selangor 2024 yang berlangsung di Petaling Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Md Akin, dan Ketua Wanita KEADILAN, YB Puan Fadhlina Sidek.
Dalam ucapan saya, saya menyeru semua pihak dalam KEADILAN Selangor untuk memperkemas gerak kerja dan memperkuatkan cabang-cabang parti di seluruh negeri. Meskipun kita memenangi Pilihanraya Negeri yang lalu, kita tidak boleh alpa kerana beberapa kerusi DUN masih perlu diberi perhatian. KEADILAN harus sentiasa bermuhasabah diri, belajar dari kekalahan, dan meningkatkan lagi usaha untuk berkhidmat kepada rakyat.
Adalah penting untuk sentiasa mendengar keluhan rakyat dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Hanya dengan cara ini, kita akan dapat memastikan KEADILAN terus makmur dan teguh di Selangor. Insya-Allah, dengan usaha gigih dan semangat reformasi, KEADILAN akan kekal relevan dan terus memperjuangkan hak rakyat.
Reformasi!
#AmirudinShari
#NaibPresidenKEADILAN
#KEADILAN
#KitaSelangor