Media

Peristiwa
16/7/24
Selangor

Kosmo: Selangor selesai lantik 373 ketua kampung

SHAH ALAM – Polemik berhubung pelantikan ketua kampung di Selangor berakhir apabila kerajaan negeri selesai melantik 373 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemilihan ketua kampung dibuat Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail dengan perbincangan bersama di antara ketua-ketua bahagian parti dalam kerajaan Perpaduan Selangor.

“Kita hormati Barisan Nasional (BN) yang tidak melantik wakil untuk menjadi Pengerusi JPKK. Namun, saya memberi kelonggaran kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN Selangor untuk memilih minima 10 wakil Pengerusi JPKK.

“(Atas semangat ini) Alhamdulillah kita telah berjaya menyelesaikan hal (pelantikan ketua kampung) dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Pengerusi JPKK Kampung Tradisi Selangor, di sini hari ini.

Sebelum ini, berlaku polemik pelantikan JPKK di Selangor setelah UMNO Selangor mengembalikan semula 75 jawatan ketua kampung yang ditawarkan kepadanya kepada kerajaan negeri semula.

75 jawatan ketua kampung tersebut diberikan kepada UMNO Selangor adalah di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar dan Dusun Tua, yang dimenangi ahli parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Sementara itu, Amirudin mengingatkan kepada ketua kampung yang dilantik supaya melakukan tugas sebaik mungkin di kampung mereka, supaya penduduk di kawasan mereka dapat hidup selesa.-KOSMO!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.