Media

Peristiwa
17/12/21
Isu
Selangor
Bantuan

Kosmo: LZS, SIRIM bantu tingkat ekonomi usahawan asnaf

SHAH ALAM – Seramai 20 usahawan asnaf berjaya dipertingkatkan kemahiran mengikut trend pasaran terkini menerusi program bersama SIRIM Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, kemahiran mereka diasah menerusi Program Pemerkasaan Usahawan dan Transformasi Pembangunan Inovatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Katanya, kesemua mereka mengikuti program tersebut selama sembilan bulan termasuk enam bulan pemantauan dilakukan pihak SIRIM.

“Program ini bertujuan membangun dan mempertingkatkan tahap pembungkusan serta pelabelan usahawan asnaf mengikut trend dan pasaran terkini bagi membolehkan perniagaan mereka berkembang maju sekali gus menembusi pasaran baru.

“Berdasarkan audit pemantauan jualan dan premis yang dijalankan ke atas usahawan asnaf bagi tahun 2020, terdapat peningkatan jualan secara purata sebanyak 50 peratus selepas menggunakan pembungkusan baru,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sijil dan label kepada para usahawan asnaf di ibu pejabat SIRIM di sini hari ini.-K!ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.