Suara

Peristiwa
3/11/21
Selangor
Perayaan
Bantuan

Kosmo: 600 keping baucar kepada masyarakat India di Selangor

KLANG – Sebanyak 600 keping baucar Jom Shopping telah diagihkan kepada 56 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sempena perayaan Deepavali kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baucer tersebut diberikan kepada golongan pendapatan B40 kaum India serta terjejas akibat pandemik Covid-19.

“DUN Sentosa antara tertinggi menerima baucar berkenaan. Sudah pasti, saya harap baucer ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada penerima bagi menyambut perayaan kali ini, setelah dua tahun tidak dapat menyambutnya” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Little India, Jalan Tengku Kelana, di sini, hari ini.

Amirudin menjelaskan beliau sedang meneliti semua aspek termasuk peruntukan kepada rakyat Selangor yang dikategorikan B40.

“Semua aspek diambil kira sebelum pembentangan belanjawan negeri pada 26 November depan,” jelasnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar Little India mendapati kawasan tersebut mula meriah dengan kehadiran masyarakat India dalam membeli persiapan Deepavali yang akan disambut Khamis ini-K! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.