Inisiatif

Peristiwa
19/6/23
Selangor
Isu
Bantuan

Kosmo: 1,000 pelajar B40 Selangor dibantu atasi kemiskinan haid

SHAH ALAM – Kira-kira 1,000 pelajar B40 dari lima sekolah akan mendapat manfaat menerusi program kempen kesedaran dan penyediaan tuala wanita percuma.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu adalah selaras menangani kemiskinan haid dengan pemberian tuala wanita percuma itu akan dijalankan selama enam bulan.

Katanya, projek rintis itu melibatkan peruntukkan sebanyak RM100,000 daripada RM200,000 yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 Negeri Selangor yang lalu.

“Kita akan tengok model ini dalam tempoh enam bulan. Kalau berjalan dengan ‘cantik’, tahun depan kita akan memperluaskan kepada RM200,000 sebab benda ini (tuala wanita) akan dilaksanakan dalam mesin layan diri.

“Kemungkinan benda ini disalah guna atau dirosakkan dan kita ingin lihat keberhasilannya. Jadi, lima sekolah ini akan menjadi ‘pilot’ projeknya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tekad Pendidikan #Kita Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Kelima-lima sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tua di Gombak, SMK (Perempuan) Bukit Kuda di Klang, SMK Kapar, SMK Putra Perdana di Sepang dan SMK Kuala Selangor.

Jelas beliau, semua pelajar B40 itu akan dikenal pasti atau dicadangkan oleh pihak sekolah.

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin memberitahu, sebanyak 939 buah sekolah akan menerima peruntukan RM1,000 setiap satu sebagai dana pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Peruntukan akan disalurkan dalam masa terdekat dan diuruskan melalui jabatan pendidikan.

“Tidak banyak namun rasa adalah baik untuk pengenalan dan suai kenal untuk kita banyak jaringan bagaimana isu PIBG dapat diselesaikan dalam membantu pelajar dan guru dari segi pembelajaran mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.