Korban Sempena Aidiladha di Kg. Sungai Pusu
Seterusnya saya melawat tapak sembelihan haiwan korban di Kampung Sungai Pusu bagi meninjau perkembangan program korban yang sedang berjalan di sana. Saya sempat menyertai para kariah masjid untuk melaksanakan ibadat korban dan mengagihkan daging korban.