Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023
Dialog Khas bersama para mahasiswa/ siswi Selangor sempena Sempena Konvensyen Mahasiswa Selangor Timur Tengah 2023.
Sesi perbincangan terbuka ini dianjurkan bagi membolehkan para para peserta konvensyen berkongsi pandangan secara terus dengan pihak Kerajaan Negeri.
Saya berkesempatan untuk untuk mendengar pelbagai usul dan pandangan para mahasiswa serta mahasiswi mengenai isu-isu mereka dan hal berkaitan.
Saya juga turut berkongsi perihal hala tuju Kerajaan Negeri untuk terus memartabatkan syiar Islam di Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan buat para bakal pemimpin masa hadapan Negeri Selangor yang hadir. Moga pertemuan kita membuahkan kebaikan serta menguatkan ukhuwah kita semua.